Christine Lagarde Serah Surat Peletakan Jawatan di IMF

291

Pengerusi Dana Kewangan Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF), Christine Lagarde telah menyerahkan surat peletakan jawatannya daripada badan pemberi pinjaman krisis global tersebut pada Selasa, menguatkan lagi pengesahan tentang pencalonan beliau sebagai pemimpin baru di European Central Bank (ECB) setelah pegawai perundangan Eropah meluluskan birokrat tertinggi yang baru.

Lagarde dalam kenyataannya, peletakan jawatan beliau berkuatkuasa pada 12 September menandakan proses pencalonan yang baru untuk menggantikan tempatnya di IMF. Menurut beliau lagi, peletakan jawatannya itu akan mempercepatkan lagi proses pemilihan ketua IMF yang baru.

Penggantian jawatan Lagarde di IMF dijangka bakal menjadi topik utama perbincangan di antara Menteri Kewangan G7 dan juga di mesyuarat gabenor bank pusat pada Rabu dan Khamis di Chantilly, Perancis. Selain itu, turut menjadi perbincangan adalah berkaitan kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang perlahan dan ketegangan perdagangan yang menekan ekonomi.

Pencalonan beliau adalah sebahagian daripada persetujuan antara pegawai tertinggi kerajaan-kerajaan Kesatuan Eropah yang turut dikaitkan bersama Menteri Pertahanan Jerman, Ursula von der Leyen sebagai jawatan Presiden Suruhanjaya Eropah.

Kemudian pada Selasa, pelantikan von de Leyen telah diluluskan oleh Parlimen Eropah dengan 383-327 undian.

Sementara, Parlimen Eropah akan mengadakan undian tanpa ikatan untuk pelantikan Lagarde, yang dijangka akan diumumkan oleh pemimpin Kesatuan Eropah pada persidangan kemuncak tetap 17-18 Oktober nanti.

Sebagai bekas Menteri Kewangan Perancis, Christine Lagarde merupakan wanita pertama mempengerusikan IMF dan dikenali antara penggubal undang-undang sebagai seorang perunding yang tegas. Beliau tidak pernah berputus asa mempertahankan kepentingan perdagangan, pertumbuhan global dan turut membantu golongan miskin dan pertengahan dan juga mempertahankan hak wanita.

Penggantian beliau di ECB menggantikan Mario Draghi bakal memberi impak yang baru dan lebih segar dengan harapan akan membantu kembali meningkatkan kestabilan ekonomi zon Eropah semula.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat