Harga Bitcoin Jatuh Teruk Ke Paras Bawah $10,000 US Dollar

1,036

Pasaran mata wang kripto menerima pukulan dengan mana bitcoin kehilangan lebih daripada 10 peratus nilainya selepas penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menyoal Facebook berhubung rancangan mata wang kriptonya, ketika mana pemantauan politik dan pengawal selia ke atas mata wang digital semakin meningkat.

Gergasi media sosial itu berjuang untuk mendapatkan sokongan Washington selepas ia mengejutkan pengawal selia dan penggubal undang-undang dengan pengumumannya pada 18 Jun dan berharap dapat melancarkan syiling digital yang dinamakan Libra pada 2020.

David Marcus, eksekutif tertinggi syarikat yang menyelia projek Libra, menjawab soalan daripada Jawatankuasa Perbankan Senat.

Semasa pendengaran itu, senator AS berkata Facebook “dalam delusi’ untuk mempercayai bahawa orang ramai akan yakin untuk melabur dalam mata wang kripto itu.

Rancangan Libra yang dirangka Facebook, dilihat sebagai langkah utama bagi penyesuaian mata wang maya yang lebih meluas, membantu merangsang pembelian dalam bitcoin, ethereum dan syiling digital lain tahun ini.

“Libra pada dasarnya dihentam di Senat,” kata Lennon Sweeting, ketua peniaga di Capital Capital Squareets Ltd.

Mata wang digital berkemungkinan akan pulih dengan bitcoin kembali ke julat dagangan AS$11,000-AS$12,000, kata Sweeting.

Pada 1856 GMT, bitcoin jatuh 11.69 peratus kepada AS$9,582.12 pada bursa Bitstamp yang berpangkalan di Luxembourg.

Ia jatuh di bawah AS$10,000 buat kali pertama dalam masa dua minggu. –

Sumber : Bharian

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat