Coinbase Bakal Tawar Perkhidmatan Sama Macam Bank! – Ahli Lembaga Ripple

399

“Perkembangan yang bagus jika Coinbase berjaya tawarkan perkhidmatan ini.”

Coinbase yang tetap berkembang sungguhpun dikenakan tindakan agresif oleh pengawal selia Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan ahli lembaga Ripple (XRP) bernama Asheesh Birla meramalkan bursa kripto itu bakal menawarkan perkhidmatan perbankan disokong aset digital.

Menerusi misi, visi dan cadangan nilai Coinbase, Birla berkata bahawa bursa tersebut rancang membina ekonomi aset digital, di mana semua pengguna dapat memanfaatkan sistem kewangan dikuasakan kripto yang cekap, telus dan adil.

Sementara beliau turut mendedahkan laporan suku tahun pertama Coinbase 2023 hasil dijana bursa tersebut kebanyakannya adalah deposit yang datang daripada pendapatan faedah, yuran penjagaan dan ganjaran blockchain.

Selain itu, hasil dagangan institusi yang mencatatkan lonjakan sebanyak 67% telah menjadi sebab hasil Coinbase majoritinya diperoleh daripada pengguna institusi dan bukannya urus niaga pengguna.

Birla juga tertanya-tanya sama ada sekarang adalah masanya untuk pengguna dan institusi beralih kepada perkhidmatan alternatif susulan krisis perbankan baru-baru ini telah mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem kewangan tradisional.

Memetik Bloomberg Opinion oleh Matt Levine bertajuk “Nobody Trusts bank Now”, beliau telah menerangkan strategi perbankan dalam dua cara, pertama bank meminjam short untuk memberi pinjaman long dan kedua meminjam long bagi beri pinjaman long.

Dalam strategi pertama, bank menggunakan deposit pelanggan untuk membeli bon dan dana pinjaman manakala yang kedua pula, bank mengaplikasikan deposit pelanggan boleh dikeluarkan dalam jangka pendek bagi beli bon serta membiayai pinjaman.

Memandangkan strategi itu hanya bergantung pada deposit pelanggan, Levine membuat kesimpulan bahawa perniagaan perbankan sememangnya berisiko dan berpotensi untuk jatuh jika semua penyimpan secara serentak keluarkan wangnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat