Keuntungan Terhapus, Emas Turun Laju Macam Air!

11,469

Emas memadamkan semua keuntungan yang diraih susulan keputusan Federal Reserve (Fed) minggu lalu untuk didagangkan lebih rendah pada sesi Asia hari ini.

Junaman harga tercatat selepas data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang kukuh pada bulan April telah menolak jatuh harga emas lebih jauh dari paras tertinggi sepanjang masa $2,081 yang dicapai pada hari Khamis.

Logam kuning itu terperosok ke paras harga $2,000 per auns pada hari Jumaat, sebelum kembali didagangkan stabil pada sekitar harga $2,018 pada awal dagangan Isnin.

Kejatuhan itu menyusuli peningkatan lebih tinggi dalam pekerjaan sebanyak 253,000 pada bulan April daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan 181,000 sahaja.

Sementara kadar pengangguran pula menurun kepada 3.4% daripada 3.5% sebelumnya dan jangkaan 3.6%. Purata pendapatan setiap jam di AS pula meningkat pada kadar tahunan 4.4%.

Hal ini sekali gus memacu lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke paras lebih kukuh pada 3.43%.

Pelabur kini menantikan terbitan data inflasi AS pada hari Rabu untuk petunjuk seterusnya bagi penetapan dasar Fed yang akan datang.

Minggu lalu, Fed memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.25% dengan petunjuk bahawa ia akan menamatkan kitaran pengetatannya.

Bagaimanapun, Pengerusi Jerome Powell memberitahu bahawa keputusan bank pusat seterusnya akan bergantung kepada data yang masuk.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat