Dagangan GOLD Terus Meningkat, Sasar Ke Paras $2000?

877

Harga emas telah menunjukkan peningkatan sejak 2 minggu lalu dipengaruhi reaksi pasaran terhadap suasana pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 yang menjadi tumpuan di seluruh dunia.

Perubahan nilai mata wang US dolar terhadap sentimen pilihan raya menjadi faktor utama mempengaruhi dagangan emas semasa.

Dapat disaksikan pergerakan harga emas pada yang diukur pada carta XAU/USD pada minggu lalu telah bergerak di atas paras harga 1900.00 dan meneruskan kenaikan melepasi paras rintangan pada 1938.00 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Sebelum menutup dagangan minggu lalu, paras tertinggi yang dicapai pada Jumaat sekitar paras 1960.00 dengan jangkaan US dolar akan berterusan lemah pada minggu ini selepas kekalahan Donald Trump.

Pada sesi Asia bagi permulaan dagangan minggu ini, harga dilihat masih meneruskan kenaikan dengan paras ketinggian terbaru dicapai pada 1965.00 sebelum susut semula ke zon support 1953.00.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji rintangan awal pada 1975.00 sebelum destinasi utama harga adalah ke paras ketinggian 2000.00.

Harga emas telah berjaya mencapai paras melebihi $2000 pada awal Ogos lalu sekaligus merekodkan paras tertinggi sepanjang masa. Mampukah harga kembali mengatasi rekod tersebut dalam masa terdekat ini?

Namun, pelabur perlu tetap berhati-hati jika berlaku kejatuhan semula harga emas selepas kenaikan drastik minggu lalu.

Paras sokongan harga dilihat pada paras 1938.00 yang membentuk zon RBS (resistance become support) dan jika penurunan lebih rendah diteruskan, zon RBS 1910.00 pula akan menjadi tumpuan seterusnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat