Dagangan Matawang Utama Bergerak Perlahan Menjelang Data Inflasi AS Malam Ini

941

Setakat dagangan sesi pasaran Eropah hari ini, matawang dolar Amerika diniagakan lemah dalam pasaran terkesan oleh kenyataan bernada dovish oleh Gabenor bank pusat, Jerome Powell dalam testimoni semalam.

Menurut pandangan ahli strategi di sebuah firma perdagangan matawang, nilai matawang dolar Amerika akan kembali mengukuh semula dalam jangka masa yang terdekat walaupun Federal Reserve menurunkan kadar faedah.

Pelabur turut berwaspada menantikan data indeks harga pengguna Amerika Syarikat yang bakal dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini. Data inflasi ini menjadi salah satu petunjuk bank pusat dalam menetapkan keputusan kadar faedah dan polisi semasa.

Penurunan pada dagangan USD dilihat memberi peluang terhadap matawang utama yang lain untuk kembali mencatatkan kenaikan dalam pasaran. Terutamanya matawang Eropah seperti Euro dan Pound yang meningkat sejak semalam.

Data inflasi di Jerman dan Perancis pada sesi Eropah petang ini menepati jangkaan kekal seperti bacaan terdahulu.

Matawang Yen pula dilihat kembali mencatatkan pengukuhan sejak semalam susulan kebimbangan pasaran terhadap komen bernada dovish oleh Jerome Powell dengan mengatakan laporan data pekerjaan Amerika Syarikat tidak mempengaruhi unjuran.

Dolar Australia juga turut kembali didagangkan meningkat berikutan harapan terhadap perkembangan positif rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China. Menteri Perdagangan China menyatakan kedua-dua pihak sedang berusaha mencari jalan penyelesaian dan China juga mengharapkan Amerika Syarikat segera menarik semula sekatan terhadap syarikat teknologi Huawei.

Data pinjaman perumahan di Australia untuk bulan Mei juga turut meningkat ke paras sifar berbanding penurunan -0.9% pada bulan sebelumnya memberikan isyarat positif pada perkembangan sektor perumahan.

Sementara dolar Kanada dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran ekoran kenyataan dovish bank pusat Kanada berbanding jangkaan pasaran selepas kadar faedah dikekalkan di paras sedia ada.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat