Dah Agak! Emas Pasti Kecundang Angkara Sebab Ini

971

Emas menghapuskan keuntungan yang diraihnya pada sesi sebelum ini selepas terkesan dengan kenyataan hawkish pengubal dasar Federal Reserve (Fed) mengenai pengetatan dasar akan datang.

Gabenor Fed, Lael Brainard memberi isyarat bahawa pengurangan agresif kunci kira-kira (balance sheet) dan kenaikan kadar faedah akan mendorong dasar monetari Amerika Syarikat kepada neutral pada akhir tahun ini.

Kenyataan beliau yang dilihat hawkish telah memacu lonjakan hasil perbendaraan AS 10 tahun ke 2.60%, iaitu tahap tertinggi pernah dicapai sejak April 2019.

Peningkatan hasil bon turut merangsang pengukuhan US dolar untuk meningkat lebih tinggi ke paras paling kuat hampir dua tahun berbanding pesaing utamanya.

Harga emas cenderung untuk merosot sekiranya bank pusat menaikkan kadar faedah dan peningkatan hasil bon serta US dolar meningkatkan kos peluang untuk memegang logam berharga itu.

Pada sesi Asia, emas diniagakan pada sekitar harga $1,923 per auns, susut sedikit daripada paras harga $1,944 yang dicapainya sebelum ini.

Dagangan emas sebelum ini mencatatkan peningkatan susulan ketidakpastian geopolitik Ukraine-Rusia yang mencetuskan jangkaan bahawa lebih banyak sekatan akan melanda ekonomi Moscow.

Bagaimanapun, faktor ini sedikit sebanyak masih membantu menyokong emas daripada turun lebih rendah berikutan jangkaan hawkish Fed untuk mengetatkan dasar monetarinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat