Dah Kenapa GBP/USD ‘Gap’ Sampai 100 Pips Pulak Ni?

668

Situasi sama kekal berulang untuk drama Brexti yang masih berlarutan. Selepas sentimen positif rundingan pada minggu lalu, pelabur sekali lagi disajikan laporan negatif di mana rundingan Brexit masih gagal mencapai persetujuan.

Isu perikanan masih menjadi faktor utama menghalang persetujuan dicapai. Menteri Kesihatan Britain Matt Hancock menyatakan pada Ahad bahawa Kesatuan Eropah (EU) seharusnya menggugurkan permintaan yang tidak munasabah berhubung isu tersebut.

Kebimbangan tersebut telah menyebabkan Pound Sterling kembali mengalami susut nilai setelah siri kenaikan harga berjaya dipamerkan minggu lalu.

Bukan itu sahaja, laporan berkenaan varian Coronavirus baru di UK telah mendorong kawal pergerakan diperketatkan menambahkan lagi tekanan buat dagangan Pound di awal minggu.

Tidak seperti carta pasangan EUR/USD dengan jarak (gap) pembukaan harga sekitar 20 pips, pasaran menyaksikan gap lebih besar pada carta pasangan GBP/USD di awal sesi Asia sehingga lebih 100 pips!

Menutup dagangan di atas paras 1.35000 minggu lalu, harga dibuka di paras lebih rendah sekitar 1.34000 dengan penurunan harga diteruskan lagi sekitar 100 pips pada sesi Asia pagi ini.

Sentimen berisiko buat Pound akan mendorong penurunan lebih rendah menuju zon sokongan harga pada 1.33000 sebelum penurunan yang diteruskan dilihat akan ke paras 1.32000.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras rintangan pada 1.34000 akan kembali diuji sebelum harga yang berjaya meneruskan kenaikan seterusnya akan menuju ke paras 1.35000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat