Dahsyat! USD Tertinggi 37 Tahun Berbanding Pound Sterling

237

US dolar kembali mengurangkan keuntungan selepas mencapai paras tertinggi baharu berbanding pesaing utamanya, di mana yen telah menjunam ke tahap terendah 24 tahun sementara pound pula paling lemah 37 tahun.

Buat pertama kali sejak Ogos 1998, yen telah merosot jauh pada 144.99 berbanding greenback, semakin hampir dengan puncak tertinggi harga 147.43 yang disentuh pada tahun tersebut.

Sementara itu, mata wang pound pula menyusut rendah pada 1.1407 berbanding US dolar, tahap terlemah sejak 1985.

Walaupun begitu, sebaik sahaja menyentuh paras ketinggian baharu, dolar greenback kembali menurun pada sesi New York yang mungkin disebabkan oleh pengambilan untung oleh pelabur.

Pendirian hawkish pembuat dasar Bank of England (BOE) ketika perbicaraan laporan dasar monetari di hadapan Parlimen UK pada Rabu malangnya gagal merangsang mata wang pound untuk meningkat, sebaliknya kelemahan US dolar membantu ia pulih dari paras terendah.

Dalam pada itu, euro kembali mempamerkan lonjakan harga susulan kejatuhan ke paras terlemah 20 tahun sebelumnya, yang mungkin disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Bank Pusat Eropah (ECB).

Mesyuarat polisi ECB yang akan berlangsung pada sesi Eropah dijangka akan menyaksikan kadar faedah dinaikkan sebanyak 75 mata asas sebagai usaha bank pusat untuk membendung inflasi.

Di samping itu, dolar loonie didagangkan sedikit meningkat selepas Bank of Canada (BOC) meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas kepada 3.25% pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat