Data Inflasi UK Bakal Beri Kejutan Harga Pada Carta GBP/USD?

379

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih mendatar dalam julat harga di antara paras sokongan 1.35000 dan rintangan 1.35700.

Pound Sterling meningkat pada awal sesi Eropah Selasa semalam ekoran reaksi awal pasaran terhadap laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan. Purata pendapatan meningkat tinggi berbanding jangkaan, namun angka bacaan bagi tuntutan pengangguran kurang memberangsangkan.

Selepas harga meningkat hampir menyentuh paras rintangan 1.35700, harga telah memaparkan penurunan semula harga sehingga menguji kembali paras sokongan 1.35000 pada zon RBS (resistance become support).

Namun momentum harga tidak berjaya dikekalkan ekoran sentimen pasaran berisiko yang mereda apabila dilaporkan tentera Rusia telah mula berundur dari sempadan Ukraine.

Justeru, harga mula pantul meningkat semula sebelum menutup dagangan di penghujung sesi New York sekitar 1.35350.

Tumpuan akan terarah pula kepada data inflasi UK pada sesi Eropah sebentar lagi dan data jualan runcit AS pada sesi New York yang bakal mempengaruhi Pound dan US dolar.

Untuk jangkaan penurunan harga, zon RBS 1.35000 akan kembali diuji sebelum penurunan lebih rendah memberi isyarat lebih jelas untuk trend bearish harga.

Paras sasaran seterusnya bagi penurunan harga yang diteruskan dilihat pada 1.34000 dan juga zon support 1.33600.

Sebaliknya, untuk ramalan kenaikan harga pula, rintangan pada zon 1.35700 perlu diatasi sebelum harga meneruskan kenaikan menuju zon rintangan pada 1.36500.

Melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu dengan paras sasaran harga adalah pada ketinggian sekitar 1.37400.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat