Vaksin Moderna Nak Masuk Malaysia, Ada Yang Berminat?

274

‘Haritu KKM dan Pharmaniaga ada bertikam lidah, mungkin ini peluang untuk Moderna masuk line.’

Moderna Inc, syarikat pengeluar vaksin Covid-19 Amerika Syarikat (AS), menyatakan hasrat untuk mengembangkan rangkaiannya ke wilayah Asia dengan menambah 4 lagi anak syarikat baharu di Malaysia, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu menyatakan bahawa ia sedang merancang untuk mengembangkan pengeluaran dan pengedaran vaksin Covid-19 serta vaksin mRNA buatannya.

Pemilihan wilayah Asia-Pasifik dilihat memainkan peranan penting kepada perniagaan Moderna yang kini sudah memiliki anak syarikat di wilayah timur, Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Hal ini kerana, wilayah Asia yang mempunyai populasi tinggi, akan menerima kesan daripada kadar kenaikan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata tahun 2021 merupakan tahun yang progresif buat syarikatnya dan penambahan 4 lagi anak syarikat di Asia-Pasifik akan membuka lebih banyak peluang untuk memanfaatkan platform mRNA serta produk kesihatannya.

Menurut Bancel, setakat ini vaksin Moderna sudah dipasarkan di lebih 70 negara termasuk Kanada, Jepun, kesatuan Eropah dan United Kingdom (UK).

Data laporan syarikat menunjukkan sebanyak 807 juta dos Moderna telah dipasarkan di seluruh dunia, dengan 25% daripada dihantar ke pasaran berpendapatan rendah dan sederhana sepanjang 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat