Data Inflasi UK Catat Peningkatan, Namun Gagal Dorong Kenaikan Sterling

277

Bacaan keseluruhan bagi data ekonomi Britain pada sesi Eropah petang ini menunjukkan bacaan yang kukuh dengan tumpuan utama adalah terhadap kadar inflasi tahunan UK.

Bacaan pada kadar inflasi UK untuk Julai mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi iaitu pada kadar 2.1% berbanding bulan lalu pada 2.0% sekaligus mengatasi jangkaan penurunan kepada 1.9% oleh pasaran.

Peningkatan adalah didorong oleh kenaikan tinggi pada harga bilik hotel, permainan computer dan permainan konsol berbanding tahun lalu.

Bacaan inflasi teras juga turut meningkat pada bacaan angka 1.9% lebih tinggi berbanding jangkaan kekal di paras 1.8% seperti bulan sebelumnya.

Turut diterbitkan bersama adalah data indeks harga pengeluar yang turut mencatatkan bacaan yang meningkat dan juga indeks harga rumah di UK yang sedikit menurun.

Secara keseluruhan, bacaan bagi data ekonomi pada kali ini adalah poisitif. Namun begitu, pelabur masih meletakkan kebimbangan terhadap risiko Brexit.

Perkembangan Brexit, bekas Canselor Philip Hammond menuduh Perdana Menteri Britain cuba untuk meruntuhkan peluang bagi perjanjian rundingan Brexit yang baru, dengan sengaja menawarkan pemintaan yang sukar untuk diterima oleh Kesatuan Eropah.

PM Boris Johnson telah menyeru Kesatuan Eropah untuk menghapuskan rancangan kawalan sempadan Ireland sebelum tarikh akhir Brexit pada 31 Oktober nanti.

Menurut petikan dalam laporan akhbar, Hammond menyifatkan situasi Brexit tanpa perjanjian adalah sebagai satu bentuk ‘pengkhianatan’ terhadap keputusan referendum 2016 lalu.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat