Data Perumahan US Positif Tetapi Kurang Impak Kepada Pasaran

79

Jumlah pembinaan rumah (Housing Starts) di Amerika Syarikat merosot dua bulan berturut-turut pada Ogos walaupun pembinaan dalam komponen kediaman (keluarga tunggal) naik semula daripada kejatuhan sebelum ini. Hal ini disebabkan kejatuhan dalam pembinaan kediaman (beberapa keluarga).

Data Housing Starts ini adalah data yang menunjukkan jumlah kediaman baru yang mula dibina pada satu-satu tempoh. Untuk data kali ini ia adalah data pada bulan Ogos yang dikira secara tahunan.

Laporan hari ini juga menunjukkan permit bangunan (Building Permits) meningkat 1.30 juta yang merupakan paras tertinggi tujuh bulan lalu pada Ogos. Walaubagaimanapun, permit dalam pembinaan kediaman (keluarga tunggal) yang mewakili sebahagian besar pasaran perumahan US, merekod kemerosotan.

Data Building Permits adalah jumlah permit pembinaan bangunan yang dikeluarkan pada satu-satu tempoh. Untuk data hari ini, ia adalah bacaan bagi bulan lalu (Ogos) dan ia dikira secara tahunan.

Pembinaan rumah merosot 0.8% secara tahunan pada Ogos kepada 1.18 juta unit daripada 1.19 juta sebelum ini. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah 1.17 juta.

Permit bangunan pula naik mendadak 5.7% iaitu 1.3 juta unit pada Ogos yang merupakan paras tertinggi sejak Januari.

Data secara keseluruhan menunjukkan impak terhad Taufan Harvey di Texas pada lewat Ogos. Berkemungkinan pembinaan rumah akan merosot pada September selepas daripada Taufan Harvey dan Irma. Berdasarkan statistik, Texas dan Florida mewkaili 13% daripada permit pembinaan rumah di Amerika Syarikat tahun lalu.

Tidak banyak yang mengubah pergerakan pasaran tukaran matawang dengan kita melihat majoriti pasangan matawang utama dunia masih bergerak mendatar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat