Data Tuntutan Pengangguran & GDP Beri Gambaran Lebih Jelas! Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’

759

Jumlah orang Amerika yang memohon faedah pengangguran meningkat sedikit minggu lepas namun masih kekal pada tahap yang rendah dalam data sejarah walaupun kadar faedah tinggi bertujuan untuk memperlahan pengambilan pekerja dan ekonomi.

Jabatan Buruh melaporkan pada hari Khamis bahawa tuntutan pekerjaan meningkat sebanyak 2,000 kepada 205,000 bagi minggu yang berakhir pada 16 Disember. Secara keseluruhan, 1.87 juta orang Amerika sedang mengumpul faedah pengangguran pada minggu yang berakhir pada 9 Disember, sedikit berubah dari minggu sebelumnya.

The Fed mula meningkatkan kadar faedah tahun lalu untuk menangani inflasi yang melonjak akibat pemulihan ekonomi yang kukuh dan tidak dijangka dari kemelesetan ekonomi Covid-19 pada tahun 2020. The Fed telah meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 11 kali sejak Mac 2022.

Polisi itu mula menunjukkan keberhasilan. Harga pengguna meningkat 3.1% dari setahun sebelumnya, turun dari paras tertinggi dalam empat dekad iaitu 9.1% pada Jun 2022 waima masih di atas sasaran 2% Fed. The Fed telah membiarkan kadar itu stabil pada tiga mesyuarat terakhirnya dan kini meramalkan bahawa ia akan menukar dasar dan mengurangkan kadar tiga kali pada tahun hadapan.

Disisi lain, pertumbuhan ekonomi berkembang pada kadar tahunan yang diselaraskan secara musim sebanyak 4.9% dalam suku ketiga tahun ini, lapor Biro Analisis Ekonomi pada hari Khamis dalam anggaran yang dinilai semula. Ia merupakan pertumbuhan terkuat sejak pulih dari pandemik negara ini.

Pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga dikurangkan sebanyak 0.3 mata peratus dalam anggaran GDP ketiga dan terakhir daripada anggaran sebelumnya sebanyak 5.2%.

Pertumbuhan yang kukuh dalam suku ketiga menunjukkan momentum asas dalam perdagangan walaupun The Fed mengekalkan kadar faedah pada tahap tertinggi dalam beberapa tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat