Emas Tak Bagi ‘Chance’ Langsung, Tawan Posisi $2,050 Lagi!

1,659

Harga emas meneruskan pendakian semasa sesi pembukaan dagangan awal pagi tadi. Ia disebabkan oleh pergerakan nilai mata wang dolar AS yang melemah dan angka pertumbuhan KDNK AS rendah mendorong harga emas didagangkan pada $2,055, naik 0.53%.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) jatuh ke paras terendah sejak Ogos berbanding mata wang dagangannya yang lain kepada paras sekitar 101.80. Manakala Hasil Perbendaharaan AS pula meningkat sederhana dengan hasil 10 tahun berada paras 3.89%.

Semalam, data yang dikeluarkan menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga menurun sedikit daripada jangkaan pasaran kepada 4.9%, menurut laporan Biro Analisis Ekonomi (BEA) AS.

Selain itu, kadar pengangguran di AS bertambah sebanyak 2,000 meningkat kepada 205,000 bagi minggu lepas. Namun ianya masih positif kerana jauh daripada jangkaan pasaran iaitu 215,000.

Data ekonomi AS yang lemah dan kadar inflasi yang sederhana menunjukkan bahawa dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) masih mampu untuk membawa angka inflasi kembali pada sasaran yang ditetapkan.

Melalui kenyataan baru-baru ini, pegawai Fed meramalkan sekurang-kurangnya tiga pemotongan kadar pada 2024 dan harga pasaran yang kini sekitar 79% berkemungkinan akan diturunkan pada bulan Mac tahun depan. Secara tidak langsung, ini akan terus memberi dorongan kepada harga emas untuk terus menaik.

Buat masa sekarang, para trader emas akan menumpukan perhatian mereka kepada Indeks Harga Perbelanjaan Teras AS (Core PCE) pada hari ini (Jumaat). Tolok inflasi pilihan Fed dianggarkan meningkat sebanyak 0.2% pada bulanan dan 3.3% pada tahunan.

Selain itu para pelabur juga menantikan data Tinjauan Keyakinan Pengguna Universiti Michigan, laporan Pesanan Barangan Tahan Lama dan data Jualan Rumah Baharu yang akan menyusul hari ini jam 9.30 dan 11 malam waktu Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat