Debaran Menjelang FOMC Makin Kuat, Pasaran Matawang Berdarah!

600

Sentimen berisiko telah melanda pasaran pada awal minggu yang menenggelamkan kebanyakan mata wang utama lebih rendah pada sesi New York seiring dengan junaman dalam pasaran Wall Street.

Kebimbangan pasaran menjelang mesyuarat polisi FOMC, dipaparkan dengan junaman indeks saham Dow Jones yang membuat terjunan lebih 1,000 mata pada awal sesi New York.

Namun, minat belian yang kembali meningkat membantu saham untuk ditutup positif pada penghujung sesi.

Selain itu, ketegangan geopolitik di Eropah Timur yang semakin meningkat turut menimbulkan kebimbangan dalam pasaran.

Junaman dalam pasaran saham dan kebimbangan tersebut telah mengheret mata wang utama untuk jatuh sama dan memberi keuntungan kepada safe-haven.

Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas akan mengumumkan pengetatan pada bulan Mac. Prospek terhadap kenaikan kadar faedah yang agresif dan sifat hawkish Fed dijangka akan terus menyokong US dolar menjelang mesyuarat FOMC.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan stabil pada sekitar harga 95.92 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Sementara itu, mata wang euro terus didagangkan di sekitar paras terendah mingguan selepas menyaksikan data ekonomi yang bercampur-campur. Walaupun aktiviti pembuatan masih menunjukkan pengukuhan, tetapi sektor perkhidmatan terus lemah.

Mata wang pound juga melemah di bawah paras harga 1.3500 berbanding USD berikutan data pembuatan dan perkhidmatan PMI yang menunjukkan bacaan mengecewakan pada bulan Januari, kesan daripada penularan varian Omicron di UK

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat