Di Manakah Paras Jangkaan Sasaran AUD/USD Minggu Ini?

259

Sentimen pasaran berisiko di awal minggu ini memberi tekanan terhadap dagangan mata wang komoditi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand.

Tambahan, data ekonomi China yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini termasuk data pengeluaran perindustrian dan jualan runcit mencatatkan bacaan yang menurun.

Sementara US dolar dilihat bergerak perlahan pada pembukaan pasaran awal minggu walaupun sentimen risk-off pasaran kebiasannya memberi kelebihan kepada US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Namun, data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang mengecewakan pada penghujung minggu lalu dilihat masih memberi tekanan terhadap US dolar.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD minggu lalu, harga yang susut di bawah paras 0.77000 kembali meningkat semula pada penghujung minggu menutup dagangan sekitar 0.77800.

Kenaikan harga itu juga telah melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bullish.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini sedikit susut masih berlegar di atas paras MA50 yang akan menyokong harga untuk meneruskan kenaikan semula.

Zon rintangan pada 0.78300 akan diuji untuk harga teruskan kenaikan lebih tinggi dan cuba mengatasi paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 0.78900.

Paras sasaran ketinggian seterusnya dilihat pada harga 0.8000 yang merupakan paras rintangan harag dicapai pada dagangan Februari lalu.

Sekiranya harga jatuh lebih rendah, paras sokongan harga berada di paras sekitar 0.76500 yang merupakan zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Penurunan lebih rendah seterusnya boleh menuju semula sehingga zon support 0.75700-0.75300.

Bagi dolar Aussie, laporan data pekerjaan Australia akan menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini yang dilihat akan mempengaruhi mata wang tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat