Diam-Diam ‘Whale’ Buat Kerja Di Tengah Kejatuhan Harga BTC, Apa Yang Tengah Berlaku?

1,659

Harga Bitcoin (BTC) telah didagangkan antara dua tahap harga iaitu $17k-$20k sepanjang minggu lalu. Walaupun pasaran masih berada di bawah tekanan, terdapat kelompok ‘whale’ telah menambah pegangan di tengah penurunan.

Harga mata wang kripto terbesar di dunia telah menurun sebanyak 9% dalam tempoh 7 hari yang lalu. Pergerakan harga ini telah mendorong kelompok ‘whale’ BTC ketiga terbesar untuk menambah lebih banyak unit. Berdasarkan dapatan tokenview, BTC Whale ini telah membeli 787 Bitcoin sejak awal bulan Julai. Data tersebut menggambarkan bahawa sekitar 601 BTC telah ditambahkan oleh dompet yang sama pada 1 Julai 2022. Urus niaga ini telah menelan $12.94 juta.

‘Whale’ BTC itu menambah lagi 186 unit BTC pada 2 Julai 2022, dimana ia telah menelan kos urusniaga sebanyak $3.8 juta. Dompet tersebut kini memegang lebih daripada 132,189 Bitcoin (bernilai lebih kurang $2.59 bilion).

Harga BTC mencatatkan beberapa lonjakan positif dengan lonjakan sebanyak 3% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Bitcoin didagangkan pada harga purata $19,694.09, pada masa penulisan. Dalam masa yang sama, jumla dagangan 24 jamnya telah melonjak sebanyak 5% kepada $17.56 bilion.

Indikasi ini membawa isyarat bahawa kelompok ‘whale’ telah melakukan pembelian di tengah-tengah kejatuhan harga BTC. Pengasas bersama Glassnode disisi yang berbeza memberi beberapa penekanan bahawa tindakan harga BTC telah didagangkan di antara paras $18-$2k sejak dua minggu lalu. Walau bagaimanapun, jumlah dagangan BTC bulan Jun ialah 30% di dagangan ‘spot’ dan 11% dalam Derivatif. Sementara itu, beliau menambah bahawa pasaran sedang menunggu reaksi Fed terhadap tekanan inflasi.

Menurut Glassnode, kelompok ‘whale’ memegang lebih daripada 1k BTC telah menambah pegangan BTC secara agresif. Ini juga menunjukkan bahawa pengumpulan ‘whale’ BTC sejajar dengan struktur pasaran BTC. Walau bagaimanapun, kelompok whale kini memegang 8.69 juta Bitcoin iaitu 45.6% daripada bekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat