Dogecoin (DOGE) Mula Menyalak, Bakal Jadi Kegilaan Luar Biasa!

3,757

Menurut ketua strategi CoinShares, Meltem Demirors, ledakan harga Dogecoin (DOGE) ke paras yang luar biasa pada minggu lepas disifatkan sebagai permulaan sebelum matawang shiba inu itu menjadi kegilaan dunia.

Pandangannya yang dikongsi di laman sosial Twitter mendakwa lonjakan DOGE lebih 400% dalam tempoh dua minggu sebenarnya ada kaitan dengan subreddit WallStreetBets (WSB) dan reaksi ahlinya terhadap perubahan dasar polisi kripto.

Menurut Demirors, ketika penyenaraian Coinbase (COIN) di Nasdaq, moderator WSB telah membenarkan semula perbincangan mengenai kripto – Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Dogecoin setelah menyekat sebarang unsur berkaitan pasaran itu.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam moderator WSB menarik semula kelonggaran tersebut, menyekat perbincangan kripto secara kekal. Ada sumber mendakwa sekatan tersebut adalah tindak balas terhadap laporan Bloomberg Business yang mendakwa moderator WSB tunduk kepada tekanan.

Ekoran daripada itu, Demirors memandang isu ini sebagai dendam komuniti r/wsb yang tidak suka diarah.

Bagaimanapun, Demirors tidak yakin insiden itu punca kepada lonjakan harga Doge tetapi jumlah dagangan DOGE dalam 24 jam lebih tinggi berbanding SPY, exchange traded fund (ETF) yang memantau prestasi S&P 500.

Rekod dagangan bagi SPY dilihat mencecah sekitar $25 bilion pada 16 Februari manakala DOGE mencatat rekod dagangan sekitar $70 bilion dalam 24 jam.

Demirors juga tidak teragak-agak mendakwa lonjakan harga DOGE tiada kaitan dengan perkembangan terbaharu ekosistem Dogecoin memandangkan kali terakhir perkembangannya dimuatnaik di Github adalah pada dua bulan lalu.

Ketika penulisan DOGE didagangkan pada $0.37, dengan peningkatan sebanyak lebih 31% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat