Dogecoin Mampu Menjadi Mata Wang Masa Hadapan? CEO Robinhood Dedahkan ‘Resepinya’!

639

Vlad Tenev, Ketua Pegawai Eksekutif Robinhood mendedahkan mengenai bagaimana memecoin (Dogecoin) boleh menjadi “mata wang masa hadapan untuk warga internet dan rakyat”. Beliau memilih pandangan berbeza dengan kebanyakkan orang yang berpendapat DOGE sebagai aset inflasi kerana bekalannya tidak terhingga. Tenev walaubagaimanapun Tenev berhujah bahawa kadar inflasinya sebenarnya akan menurun dari masa ke semasa.

Syarikat perkhidmatan kewangan Amerika, Robinhood itu mula menjalinkan kerjasama dengan Dogecoin pada tahun 2018 lepas. Pada masa itu, firma yang berpangkalan di AS itu menyenaraikan aset tersebut di platformnya dan itu membolehkan pelanggan berurusan dengannya.

DOGE telah menjadi kegilaan pada awal tahun lalu dengan lonjakan harga yang bertalu-talu meningkat dan ini telah memberi manfaat kepada Robinhood. Organisasi tersebut mendedahkan bahawa DOGE telah menyumbang 62% daripada pendapatan mata wang kriptonya untuk Q2 2021.

Tenev berongsi mengenai bagaimana DOGE boleh menjadi mata wang masa hadapan mesra rakyat dan internet. Untuk mencapai status sedemikian, masa blok harus cukup pantas supaya transaksi boleh direkodkan dalam blok seterusnya dalam “masa yang lebih singkat daripada yang diperlukan”.

Buat masa ini blok semasa Dogecoin ialah 1 minit yang pada pandangan beliau adalah tidak sesuai. Walau bagaimanapun, jika pembangun mampu untuk menurunkan tempoh masa kepada 10 saat maka DOGE mempunyai peluang untuk diperkembangkan lagi.

“DOGE perlu mampu mengatasi prestasi Visa dengan ketara, yang memerlukan peningkatan daya pengeluaran sekurang-kurangnya 10,000x dan ini dapat diselesaikan dengan meningkatkan had saiz blok” lanjut beliau.

Tenev juga menyentuh mengenai bekalan Dogecoin yang tidak terhingga, yang menurut ramai pakar, mempunyai kesan inflasi. Namun bagi beliau berpendapat bahawa kadar inflasi memecoin tidak lebih daripada 5% dan ia boleh merosot di bawah 2% dari semasa ke semasa.

Disisi lain, baru-baru ini Robinhood telah menyenaraikan Shiba Inu di platform dagangan mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat