Donald Trump Kembali Berikan Kejutan Dalam Perkembangan Rundingan Dagang

1,032

Permulaan pasaran minggu ini dikejutkan oleh jarak perbezaan (gap) harga dibuka hampir di kesemua pasangan matawang utama berikutan isu terbaru berkenaan tarif di antara Amerika Syarikat dan China.

Yen sebagai matawang safe-haven mengukuh pada dagangan Isnin selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk menaikkan kadar tarif terhadap China daripada 10% kepada 25% pada Jumaat lalu. Risiko yang kembali melanda pasaran telah membuatkan aliran pelaburan beralih ke arah aset yang lebih selamat dan berpulangan rendah.

Trump telah menambahkan lagi tekanan terhadap China untuk mencapai kesepakatan rundingan dengan mengumumkan kenaikan tarif terhadap barangan China bernilai $200 bilion pada minggu ini dan mensasarkan tambahan beberapa ratus bilion lagi untuk kenaikan seterusnya.

Pengumuman melalui akaun media sosial Twitter beliau itu telah mengubah intonasi sebelum ini yang merujuk kepada perkembangan positif terhadap rundingan dagang bersama Presiden China, Xi Jinping.

Sumber laporan Wall Street Journal mengatakan bahawa Beijing berkemungkinan akan membatalkan rundingan bersama Amerika Syarikat di Washington yang dijadualkan pada Rabu ini.

Matawang dolar USD melemah pada Jumaat lalu susulan laporan data pekerjaan Amerika Syarikat untuk bulan April dikeluarkan. Kelemahan pada nilai matawang USD turut mengejutkan para pelabur dalam pasaran berikutan laporan yang dikeluarkan menunjukkan angka yang positif walapun agak bercampur.

Kadar pertambahan pekerjaan meningkat tinggi kepada 263,000 dan kadar pengangguran turut menurun ke paras 3.6% berbanding 3.8% sebelum ini dan kadar tersebut adalah terendah sejak tahun 1969. Namun, kadar purata pendapatan tidak mencapai jangkaan peningkatan 0.3% oleh pasaran sebaliknya kekal pada bacaan bulan sebelumnya iaitu 0.2% yang telah dikemaskini semula.

Pound Sterling melonjak tinggi pada dagangan Jumaat berikutan faktor positif pada perkembangan rundingan Brexit. Pemimpin parti pembangkang berkata Parlimen harus memecahkan kebuntuan pada isu Brexit ini dan mendapatkan penyelesaian untuk Britain berundur dari Kesatuan Eropah.

Sterling juga telah mencapai paras tertinggi satu bulan dagangan berbanding Euro dengan turut didorong oleh kelemahan pada nilai dagangan dolar USD. Selain itu juga, pelabur turut diyakinkan oleh komen hawkish oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat dasar yang berlangsung pada Khamis lalu.

Matawang komoditi dolar AUD dan NZD pada sesi pasaran Asia hari ini mengalami kejatuhan akibat terkesan oleh sentimen pasaran yang berisiko membuatkan matawang berpulangan tinggi tersebut diniagakan lemah dalam pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat