Ekonomi UK Kembali Merana!

400

Ekonomi UK menguncup kurang dari yang dijangkakan pada bulan Januari ketika negara itu masih lagi di bawah pelaksanaan penutupan dan sekatan coronavirus yang lebih ketat.

Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup sebanyak 2.9% selepas kenaikan 1.2% pada bulan Disember. Sebelum ini, pasaran meramalkan penguncupan 4.9%.

Ini menunjukkan bahawa penurunan aktiviti ekonomi pada bulan Januari tidaklah seburuk yang ditakuti walaupun ketika itu UK masih lagi melaksanakan sekatan coronavirus yang ketat.

Pada bulan Januari, sebahagian besar daripada pekerja terpaksa bekerja di rumah, sementara banyak kedai-kedai yang tidak penting ditutup, dan tempat perhotelan juga ditutup semula.

Angka ini akan memberi kesan kepada keputusan Bank of England (BOE) pada minggu depan dalam menentukan sama UK memerlukan lebih banyak rangsangan untuk pulih dari kemelesetan ini.

Namun begitu, perincian dari ONS juga menunjukkan bahawa ekonomi pada Januari adalah 9% lebih kecil daripada yang dilihat pada Februari tahun lalu, berbanding dengan 4% pada bulan Oktober iaitu ketika pemulihan awal UK di puncak sebelum pengenaan semula sekatan kedua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat