Emas Berundur Di Sebalik Pengukuhan USD Menjelang Keputusan FOMC

819

Emas jatuh pada lewat sesi Amerika Utara semalam (Selasa) di tengah-tengah pengukuhan dolar AS walaupun hasil bon Perbendaharaan AS jatuh.

Peserta pasaran kini kekal menunggu pengumuman dasar monetari Federal Reserve (Fed) AS pada hari Rabu diikuti dengan sidang akhbar oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,155.43 iaitu turun sebanyak 0.10% sejak pembukaan kerana para pelabur kurang berminat untuk meletakkan pertaruhan baharu yang menyokong atau menjatuhkan logam kuning itu.

Kini, harga komoditi tersebut masih kekal berdaya tahan walaupun alami sedikit gelincir kerana rata-rata pelabur menantikan keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Selain daripada menyampaikan penyata dasar monetarinya, mereka juga dijangka akan mengemas kini unjuran mereka berkenaan ekonomi Amerika Syarikat.

Kebimbangan yang semakin meningkat bahawa Fed akan mengurangkan anggarannya untuk Kadar Dana Persekutuan (FFR) membuatkan para pelabur semakin tidak sabar.

Data ekonomi AS terkini menyaksikan bacaan yang bercampur-campur dalam sektor perdagangan dan menjadikannya agak mencabar untuk meramalkan kadar kemelesetan ekonomi di AS.

Pasaran buruh telah menunjukkan tanda-tanda penyejukan walaupun ekonomi memaparkan penambahan lebih ramai orang dalam tenaga kerja daripada jangkaan.

Melihat secara teknikal, harga XAU/USD telah stabil menjelang keputusan FOMC berada di atas paras tertinggi 4 Disember iaitu $2,146.79. Kecondongan dovish oleh Fed boleh membuka jalan untuk pemulihan ke paras tertinggi 8 Mac pada $2,195.15 diikuti oleh paras $2,200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat