Eropah Perlukan Euro Digital Tanpa Sempadan, Tapi Tak Boleh Ganti Wang Fiat – Presiden ECB

126

Christine Lagarde, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) bakal mewujudkan euro digital tanpa sempadan melalui potensi keupayaan CBDC yang kini dilihat semakin diperkembangkan dan dipertingkatkan oleh bank-bank pusat seluruh dunia.

Difahamkan, ciri euro digital tanpa sempadan dapat membantu menangani rintangan yang mungkin berpunca daripada penyelesaian rentas sempadan.

Malah, peguam Perancis berusia 66 tahun juga menyatakan bahawa perkara tersebut dapat membantu penempatan rentas sempadan walaupun Lagarde berpendapat aset digital tidak seharusnya melebihi batas yang sepatutnya.

Menurut Lagarde, euro digital tdak akan berfungsi sebagai pengganti wang tunai kerana kebanyakan individu sudah terbiasa dengan mata wang fiat.

Dan jika ECB melancarkannya, beliau akan menjamin perlindungan privasi demi mengurangkan kebimbangan rakyat.

Euro digital juga dikatakan boleh melindungi zon euro daripada ancaman mata wang kripto lain ulas Fabio Penetta, ahli ekonomi Itali dan ahli lembaga eksekutif ECB.

Tambahnya lagi kelebihan CBDC adalah dapat menjaga kedaulatan monetari, meningkatkan persaingan serta kecekapan dalam pembayaran dan ia turut memberikan kejayaan.

Sementara itu, bank pusat berhasrat mempertimbangkan CBDC kerana tahun lepas ECB secara rasmi meluluskan fasa penyiasatan CBDC yang boleh mengambil tempoh sehingga 2 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat