EUR/JPY Pamer Penurunan Agresif, Uji Zon Tumpuan ¥128.600

258

Pelabur dilihat terus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap pasaran kewangan pada ketika ini yang masih dibelenggu pelbagai sentimen pasaran yang berisiko.

Carta harga pasangan matawang EUR/JPY nampaknya sekali lagi mempersembahkan penurunan harian yang agresif pada sesi dagangan Rabu dengan menghasilkan terjunan melebihi 100 pips.

Matawang safe-haven Yen dilihat sedikit memanfaatkan kesempatan yang ada untuk melonjak dan memberi kelebihan kepada Yen berbanding matawang Euro.

Meneliti kepada pergerakan semasa, harga telah pun mencatatkan penurunan secara purata sekitar 200 pips setelah mencapai paras rintangan tertinggi 130.500 pada penghujung dagangan September.

Harga tampaknya hanya mengetuk paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 4 jam untuk kembali menjunam dan menuju semula zon SBR (support become resistance) 128.600.

Sekiranya penyusutan harga kekal diteruskan di bawah zon SBR tersebut, zon sokongan pada 128.000 akan kembali menjadi tumpuan setelah zon tersebut masih gagal untuk ditembusi pada sebelum ini.

Penganalisis menjangkakan zon sokongan itu berupaya untuk menyokong semula peningkatan harga pada carta EUR/JPY bagi mengembalikan pergerakan corak uptrend.

Namun tidak mustahil untuk harga kembali meningkat dan zon SBR 129.300 akan kembali dicapai terlebih dahulu sebelum jangkaan untuk menuju ke zon rintangan utama sekitar 130.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat