EUR/USD Bakal ‘Menggelongsor’ Lagi?

485

US dolar terus bergerak kukuh dengan harapan terhadap rangsangan fiskal di Amerika Syarikat (AS) yang lebih besar oleh Presiden Joe Biden dan juga pelaksanaan program vaksinasi yang lebih agresif.

Biden dijangka akan mengumumkan pelan infrastruktur yang bernilai $3-$4 trilion selepas memaklumkan 90% rakyat Amerika dewasa layak menerima vaksin pada 19 April.

Situasi yang mendorong kepada pemulihan lebih pantas ekonomi AS telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dagangan raja mata wang dunia itu.

Pasaran telah menyaksikan pengukuhan US dolar yang dipamerkan pada sesi Eropah semalam dengan lonjakan hasil perbendaharaan AS yang melonjak ke paras ketinggian terbaru.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD menepati jangkaan untuk meneruskan penurunan dan semakin menjauh dari paras 1.18000 setelah menguji zon SBR (support become resistance) itu di awal minggu.

Penurunan harga diteruskan sehingga ke paras sekitar 1.17200 sebelum pergerakan harga lebih mendatar sehingga sesi pasaran New York berakhir susulan hasil perbendaharaan AS yang dilihat kembali susut semula.

Namun, penganalisis masih menjangkakan harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah dengan melihat kepada situasi genting di Eropah yang menerima tekanan oleh peningkatan penularan jangkitan.

Penurunan awal harga akan menuju ke paras sekitar 1.16800 sebelum penurunan lebih rendah bakal menguji zon support 1.16000 yang diuji pada dagangan September dan November tahun lalu.

Situasi kenaikan harga juga boleh berlaku sekiranya sentimen pasaran berubah menjelang laporan pekerjaan NFP AS pada penghujung minggu.

Pelabur akan kembali memberi perhatian pada zon SBR 1.18000 unutk kenaikan harga semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat