EUR/USD Beri Isyarat ‘Bearish’ Pada Penutup Minggu Lalu

163

Mengakhiri dagangan pada penghujung minggu lalu, US dolar didagangkan sedikit mengukuh setelah bergerak lemah sejak pertengahan Mac yang lalu.

Penganalisis walau bagaimanapun melihat situasi tersebut hanya sementara berikutan krisis perbankan yang sedang melanda pasaran dijangka akan terus memberi tekanan terhadap US dolar.

Di samping faktor pengambilan untung (profit taking) dijangka berlaku di penghujung minggu, data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan positif juga turut menyokong pengukuhan US dolar pada sesi-sesi akhir.

Situasi tersebut telah menamatkan siri kenaikan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang sebelum itu telah mengekalkan kenaikan selama 5 hari berturut-turut.

Pada Khamis, harga yang telah mencapai ketinggian 1.09300 (tertinggi 7 minggu), kemudiannya mula memaparkan penurunan semula.

Bersambung pada Jumaat, harga telah bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, menjadi petanda awal untuk penurunan harga berlaku.

Seterusnya, harga turun hampir menyentuh paras 1.07000 sebelum melantun semula dan menutup dagangan pada sesi terakhir di paras 1.7600.

Jika corak penurunan tersebut berjaya dikekalkan, harga berkemungkinan akan bergerak melepasi paras 1.07000 sebelum menuju pula ke sekitar 1.06000.

Jika trend bearish harga sudah jelas, harga boleh mencecah sehingga ke zon support pada 1.05000.

Namun, jika US dolar kembali didagangkan lemah semula seperti minggu-minggu sebelum ini, harga bakal melonjak naik semula melepasi paras 1.08000.

Seterusnya, ketinggian minggu lalu pada 1.09300 bakal diatasi sebelum sasaran terbaru harga adalah menuju 1.1000 untuk catatkan paras tertinggi 8 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat