EUR/USD Capai Paras Terendah Sejak Jun 2017, Potensi 140 Pips Penurunan Harga

656

Perkembangan ekonomi pada zon Eropah terus berisiko selepas indeks sentimen perniagaan di Jerman tinjauan Ifo yang dikeluarkan semalam adalah lemah. Bacaan data menurun kepada 99.2 mata berbanding 99.9 mata sebelum ini.

Sektor perindustrian terus mempengaruhi ekonomi Jerman dan juga kerajaan untuk unjuran pertumbuhan ekonomi pada paras 0.5% tahun ini.

Menurut laporan oleh ING, sektor perkilangan dilihat lemah sementara perkembangan ditunjukkan pada sektor perkhidmatan dan pembinaan. Kadar jualan runcit, jualan kereta, pekerjaan dan paras pembangunan kesemuanya mengukuh pada suku tahun terakhir 2018 namun suku tahun pertama pada 2019 bakal memberikan kejutan.

Sektor perkilangan di Jerman dipercayai terkesan oleh isu rundingan global antara Amerika Syarikat dan China dan tidak lupa juga pada isu ancaman Presiden Trump terhadap import kereta di Eropah. Kelegaan pada ketegangan antara Amerika Syarikat dan China akan memulihkan kembali sektor perkilangan di Jerman.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, Euro yang terus didagangkan lemah turut diberi tekanan oleh pengukuhan USD. Penurunan harga sekitar 80 pips semalam telah mencapai paras terendah yang terbaru sejak Jun 2017.

Pergerakan harga pada hari ini pula dilihat lebih mendatar sejak sesi Asia pagi ini di sekitar paras support MagicS2 semalam pada indicator Moshed Magic Line yang berjaya dilepasi harga.

Harga berkemungkinan akan membuat sedikit kenaikan ke paras Magic Pivot 1.1172 hari ini atau ke paras tumpuan pada 1.11800 sebelum kembali meneruskan semula penurunan harga semalam.

Dengan momentum penurunan semalam, harga mampu menyambung penurunan sehingga mencecah ke paras sekitar 1.1033 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini dengan mencatatkan 140 pips penurunan dari paras Magic Pivot.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan semula, momentum kenaikan harga dijangka akan lebih perlahan berikutan pelabur juga akan lebih berhati-hati menjelang data pertumbuhan GDP Amerika Syarikat pada Jumaat.

Kenaikan tertinggi berkemungkinan mencapai paras resistance pada 1.1257 (MagicR2) untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1119, 1.1086, 1.1033.

Paras resistance: 1.1204, 1.1257, 1.1290.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat