EUR/USD Diramal ‘Bearish’ Minggu Ini?

210

Mengimbas dagangan minggu lalu, US dolar dilihat mula mendominasi selepas pasaran menghadam keputusan mesyuarat bank-bank pusat utama.

Walaupun Federal Reserve (Fed) telah mula memperlahankan kenaikan kadar faedah, namun komen hawkish oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell telah menyuntik kekuatan bagi US dolar.

Pun begitu, pada penutup dagangan Jumaat lalu, pergerakan harga dilihat lebih mendatar dengan momentum pengukuhan US dolar sebelumnya agak tertahan.

Mata wang utama yang lain dalam pasaran kecundang akibat ‘amukan’ US dolar. Seperti Euro, turut alami penyusutan nilai walaupun bank pusat Eropah (ECB) telah menaikkan kadar faedah dengan kejutan untuk melaksanakan pengetatan kuantitatif terhadap program pembelian asetnya.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu, harga pada mulanya telah berjaya mencapai paras tertinggi 6 bulan sekitar 1.07350 kemudiannya menjunam semula dan menutup dagangan di sesi terakhir sekitar zon 1.06000.

Isyarat awal perubahan trend bearish membuatkan pelabur berhati-hati untuk kejatuhan lebih rendah harga minggu ini selepas harga telah mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Sekiranya zon RBS (resistance become support) 1.06000 gagal untuk melantunkan semula harga naik, penurunan lebih rendah akan menguatkan lagi petunjuk pergerakan bearish buat harga.

Penurunan bakal menuju ke zon tumpuan sebelum ini pada 1.05000 sebelum ke paras lebih rendah di sekitar 1.04000.

Sebaliknya, jika US dolar didagangkan lemah pada minggu ini, harga berkemungkinan akan memaparkan corak kenaikan semula dari zon RBS 1.06000 menuju ke zon rintangan 1.07000.

Berjaya melepasi rintangan tersebut akan mendorong lonjakan lebih tinggi harga ke sasaran 1.08000 untuk rekod tertinggi terbaru 6 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat