EUR/USD Jadi Tumpuan, Debaran Pelabur Menjelang Laporan Pekerjaan NFP

961

Matawang dolar Amerika Syarikat terus bergerak lemah dan berisiko menjelang data penting pada sesi New York yang menjadi tumpuan pelabur seluruh dunia iaitu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Dengan jangkaan pertambahan pekerjaan yang lemah pada Oktober bakal memberikan tekanan terhadap dolar USD. Dan akan menyusul selepas itu adalah data PMI perkilangan tinjauan ISM yang akan turut mempengaruhi dagangan USD tersebut.

Pergerakan lemah USD nyata jelas selepas Federal Reserve menurunkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini pada mesyuarat FOMC terbaru.

Di samping itu juga, tekanan ditambah lagi oleh risiko perang dagang AS-China selepas laporan mengenai keraguan China untuk kedua-dua negara tersebut mencapai persetujuan perjanjian jangka masa panjang.

Faktor-faktor berikut memberi tekanan buat dagangan USD dalam pasaran semasa sepanjang minggu ini.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang tumpuan EUR/USD, harga yang melonjak selepas keputusan penurunan kadar pada mesyuarat FOMC telah mecapai paras ketinggian pada resistance 1.11700 sebelum harga bergerak menurun pada dagangan semalam.

Penurunan harga menguji zon tumpuan harga pada 1.11300 dan juga menyentuh paras sokongan pada garisan Moving Average 50 (MA50) sebelum bergerak mendatar di atas paras tersebut.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga dilihat bergerak perlahan dan cuba menuju zon resistance pada ketinggian harga dicapai semalam namun gagal menunjukkan arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Pergerakan lebih jelas harga berkemungkinan dapat dilihat selepas laporan pekerjaan NFP dikeluarkan pada malam ini.

Jika harga membuat kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian semalam serta resistance 1.11800 bakal ditembusi harga dan harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru pada carta EUR/USD.

Namun jika laporan pekerjaan NFP adalah lebih baik dari jangkaan, USD bakal kembali mengukuh dan menekan harga ke paras lebih rendah semula.

Paras tumpuan pada 1.11300 dan 1.11100 dijangka akan ditembusi harga sebelum harga akan menguji zon support di paras lebih rendah pada 1.10700.

Dengan jangkaan momentum pergerakan besar harga, penurunan atau kenaikan harga bakal memberikan pulangan besar buat para pelabur. Namun, berwaspada dan kawal risiko untuk setiap posisi dagangan anda dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat