EUR/USD ‘Keluar Tanduk’, Pendakian Garang Harga Di Penghujung Minggu

466

Penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar Amerika Syarikat (AS) untuk suku ketiga pada sesi New York semalam merosot lebih rendah berbanding jangkaan secara tidak langsung telah mengakibatkan pretasi matawang USD ‘tergolek’ untuk kembali bergerak lemah.

Terbitan angka di luar jangkaan itu turut memberi kesan kepada pelabur yang mula hilang keyakinan terhadap Federal Reserve (Fed) untuk rancangan melaksanakan pengetatan dasar polisi ‘tapering’ dalam waktu yang terdekat.

Matawang Euro pula terus mengambil kesempatan untuk mengukuh di kala kelemahan USD meskipun keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) tepati jangkaan dalam mengekalkan kadar faedah.

Menilai kepada carta pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat telah pun pamer pergerakan agresif dengan mencatat lonjakan melebihi 100 pips di kala pembukaan sesi New York pada semalam (Khamis).

Lonjakan itu juga terus terbang tinggi untuk menguji zon SBR (support become resistance) 1.17000 dan sama sekali telah cantas ketinggian sebelum ini untuk merekodkan paras tertinggi terbaharu 3 minggu.

Namun begitu, pergerakan harga tampaknya menghentikan seketika lonjakan tersebut untuk berlegar di dalam zon SBR sebelum sedikit susut pada dagangan penghujung minggu di sesi Asia hari ini (Jumaat).

Jika kenaikan harga berjaya menembusi zon SBR 1.17000 berkenaan, trend kenaikan yang lebih garang mungkin akan disasarkan untuk menuju zon rintangan pada 1.18000 bagi mengekalkan isyarat bullish.

Sekiranya pergerakan harga kembali memapar corak penurunan dijangka zon RBS (resistance become support) 1.16000 akan sekali lagi diuji sebelum jangkaan bakal menyusut ke paras yang lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat