EUR/USD Kembali Menurun Setelah Gagal Lepasi Paras Ketinggian 1.13400

482

Matawang Euro kekal berada dalam kelompok dagangan matawang yang lemah dengan menunjukkan penurunan kembali berbanding matawang dolar Amerika Syarikat sejak semalam.

European Central Bank (ECB) sebelum ini lebih terbuka untuk menurunkan kadar jika pertumbuhan ekonomi terus merosot dan kenaikan Euro yang menekan inflasi.

Sesi pasaran Eropah hari ini pula memberi tumpuan pada data pengeluaran perindustrian di Jerman sebagai ekonomi terbesar di zon Eropah yang dikeluarkan pada jam 5 petang. Bacaan data untuk bulan April adalah lemah dengan mencatatkan angka penurunan kepada -0.5% lebih rendah berbanding jangkaan penurunan kepada -0.4% daripada bacaan sebelumnya iaitu -0.3%.

Ini akan lebih memberikan tekanan buat dagangan Euro berbanding dolar USD. Namun, pelabur masih berwaspada terhadap dagangan USD sementara menunggu data jualan runcit Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada esok hari jam 8.30 malam.

Kadar jualan runcit untuk bulan Mei dijangka akan kembali meningkat setelah penurunan yang merosot pada bacaan bulan sebelumnya. Bacaan teras turut diramalkan meningkat berbanding penurunan pada bulan April.

Diperhatikan pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga melakukan kenaikan menguji paras ketinggian 1.13400 yang juga merupakan paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam namun kembali membuat penurunan sehingga ke paras terendah harian mencecah paras support MagicS2 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Pergerakan harga pada hari ini dilihat perlahan pada zon RBS tersebut di mana harga cuba menguji paras Magic Pivot 1.1305 hari ini namun gagal mendapatkan momentum yang lebih baik.

Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan penurunan akan melepasi paras support 1.1265 (MagicS1) dan juga support 1.1244 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line sebelum menguji paras 1.1220 pada zon RBS.

Penurunan harga ke paras tersebut bakal mencatatkan lebih 80 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot hari ini.

Namun jika harga berjaya melakukan lonjakan dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot pada zon RBS, kenaikan harga diramalkan akan menguji paras ketinggian 1.13400 yang dicapai semalam yang merupakan zon resistance semasa pada chart EUR/USD dan masih gagal ditembusi harga.

Jika harga berjaya breakout paras tersebut, kenaikan harga berkemungkinan mencatatkan paras ketinggian yang baru ke sekitar paras 1.13700 atau sedikit tinggi pada resistance 1.1387 (MagicR3).

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1265, 1.1244, 1.1205.

Paras resistance: 1.1326, 1.1366, 1.1387.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat