EUR/USD Lantun Semula Selepas Cecah Paras Terendah 22 Tahun

172

Krisis tenaga yang berlarutan di Eropah semakin memberi tekanan kepada mata wang Euro apabila tumpuan terarah kepada laporan penutupan saluran paip Nord Stream 1 Rusia ke Eropah pada minggu lalu.

Seperti yang ditakuti Eropah, Rusia menyambung lagi sekatan bekalan tenaga tersebut dan mendesak Eropah untuk menarik semula sekatan yang telah dilaksanakan Eropah ke atas Rusia sebelum ini.

Justeru, kebimbangan terhadap tekanan harga tenaga yang melonjak di Eropah bakal memburukkan prestasi Euro pada minggu ini.

Namun, Euro terselamat daripada jatuh lebih rendah berbanding US dolar walaupun penurunan di awal minggu mencatatkan paras terendah terbaru 22 tahun berikutan arah pergerakan yang tidak jelas dipaparkan oleh US dolar.

Berkemungkinan pelabur berwaspada menjelang terbitan data tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga memulakan dagangan di awal minggu dengan penurunan mencecah paras terendah terbaru 22 tahun ke paras jangkaan 0.98800 yang menjadi support terbaru buat harga.

Namun, harga dilihat melantun semula untuk menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 0.99300.

Penyusutan US dolar berterusan pada pembukaan sesi Asia pagi Selasa ini dengan kenaikan harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat perubahan trend bullish.

Namun, kenaikan harga berkemungkinan terhad dengan tekanan terhadap mata wang Euro susulan perkembangan krisis tenaga di Eropah.

Jika kenaikan harga berjaya juga diteruskan, paras pariti 1.0000 bakal diuji untuk ditembusi sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju sasaran paras rintangan 1.0100.

Sebaliknya jika harga kembali paparkan penyusutan semula, paras sokongan terbaru pada 0.9880 akan diuji sekali lagi.

Meneruskan penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut, harga bakal catatkan paras terendah terbaru lagi dengan sasaran seterusnya untuk mencecah 0.98000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat