EUR/USD Papar Corak Kenaikan Harga Semula Minggu Ini

725

US dolar dilihat gagal mengekalkan corak pengukuhan nilai di awal dagangan minggu ini seperti yang dipamerkan pada minggu lalu selepas ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell menjadi tumpuan.

Powell kembali memberi isyarat pelonggaran polisi dengan menyatakan kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga pasaran buruh dan inflasi berada dalam keadaan yang stabil.

Situasi tersebut telah memudarkan sentimen pengukuhan US dolar sebelum ini yang melihat petunjuk bagi pengetatan dasar monetari oleh Fed.

Kembali memberi ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat berbanding US dolar, mata wang Euro antara yang mempamerkan corak kenaikan harga di awal minggu.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan kenaikan walaupun bergerak pada kadar yang perlahan sementara pelabur nantikan data ekonomi tumpuan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah pada sesi Eropah, dan di Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Harga yang telah meningkat di atas paras 1.19000 meneruskan kenaikan semalam mencapai paras ketinggian sekitar 1.19500 pada sesi New York dan pergerakan harga mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Dengan corak kenaikan yang ditampilkan, harga berkemungkinan akan membuat kenaikan untuk menguji paras rintangan pada 1.20000.

Jika kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan melepasi paras tersebut, harga akan menuju pula ke zon SBR (support become resistance) 1.20600-1.20900.

Sementara jika penurunan harga kembali berlaku, zon harga 1.19000 akan dinilai sama ada mampu menyokong kenaikan harga semula atau harga tembus ke paras lebih rendah.

Penurunan lebih rendah dijangka untuk menguji zon support pada 1.18000 untuk harga terus menyambung trend bearish minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat