EUR/USD Sendu, Pelabur Masih Ambil Sikap Berjaga-Jaga Menjelang NFP

371

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun tampaknya kembali melonjak untuk menguji paras rintangan 1.55% dan serba sedikit telah menyokong dolar greenback untuk kembali meningkat.

Susulan penerbitan data laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada penghujung minggu ini dan isu Evergrande yang sedang berleluasa pada ketika ini terus membuatkan pelabur kekal berwaspada.

Meskipun data PMI perkhidmatan tinjauan ISM mempamerkan data positif pada sesi New York semalam, ia sama sekali tidak berupaya untuk merancakkan pergerakan harga.

Pelabur juga dilihat terus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap laporan data pekerjaan ADP NFP yang akan diterbitkan pada malam ini dan bakal menjadi petunjuk kepada arah pergerakan seterusnya bagi USD.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga sedikit mendatar dan perlahan setelah pelabur terus mengambil langkah berwaspada terhadap berita-berita hangat yang akan diterbitkan minggu ini.

Pergerakan harga dilihat hanya berlegar-legar di zon SBR (support become resistance) 1.16000 bagi menantikan penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Namun melihat kepada carta harga EUR/USD, harga telah dibendung untuk mempamerkan peningkatan yang lebih tinggi pada sesi New York semalam sebelum kembali catat penyusutan di penghujung sesi.

Isyarat awal pergerakan bullish yang lebih jelas bakal dinilai sekiranya harga berjaya menembusi semula zon SBR 1.16000 dan didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka 1 jam.

Kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke zon SBR seterusnya sekitar 1.17000 yang merupakan zon junaman pada minggu lalu dan kekal menjadi zon tumpuan para pelabur untuk diuji.

Manakala jika harga kembali meneruskan rentak penurunan, harga berkemungkinan akan meluncur dalam menguji paras terendah 2021 pada paras 1.15700.

Tumpuan harga seterusnya yang lebih rendah akan terarah untuk mencecah zon sokongan 1.15000 dan sekali lagi merekodkan paras terendah yang terbaharu bagi tahun ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat