EUR/USD Tak Sambung Terjun, Harga Bertahan Atas Zon $1.0800

133

Corak pergerakan harga di awal minggu kembali berubah apabila momentum pengukuhan US dolar yang telah dipamerkan pada penutup minggu lalu gagal diteruskan semalam.

Prestasi US dolar suram pada pembukaan awal minggu ini dengan pelabur akan terus berwaspada menantikan data-data tumpuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada minggu ini.

Data tinjauan keyakinan pengguna AS akan diberi perhatian dahulu di sesi New York malam nanti sebelum beberapa data lain akan menyusul termasuk pertumbuhan ekonomi AS dan indeks harga PCE di penghujung minggu nanti.

Memerhati situasi pergerakan yang berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga tidak berjaya susut lebih rendah di bawah zon 1.08000 selepas penurunan pada penghujung minggu lalu menghampiri sekitar tersebut.

Kenaikan kembali dipaparkan semula semalam dari zon 1.08000, namun pada tempo yang perlahan dalam julat harian sekitar 40 pips.

Walaupun mendatar menuju dagangan penghujung sesi New York, namun harga yang telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi indikasi awal untuk pemulihan semula harga.

Jika harga berjaya dipacu naik lebih tinggi selepas ini, rintangan terhampir adalah pada zon 1.09000 untuk diuji.

Seterusnya, akan menjadi isyarat bullish semula buat harga untuk kembali mensasarkan menuju ketinggian baru pada 1.10000.

Namun jika harga berundur turun semula dan kembali berlegar di bawah MA50, paras sokongan semasa pada zon 1.08000 akan diuji.

Jika harga tembus ke bawah, akan memberi petanda bahawa corak penurunan minggu lalu akan diteruskan lagi dengan sasaran akan beralih kepada paras 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat