EUR/USD Terjun 140 Pips, Bakal Turun Rendah Lagi?

603

Sentimen risk-off pasaran kini menyelubungi pasaran kewangan dengan kebimbangan kembali memuncak telah mendorong permintaan tinggi terhadap matawang US dolar.

US dolar sebagai matawang safe-haven mengalami pengukuhan ketara pada sesi Eropah semalam bersambung ke sesi New York mengatasi hampir kesemua matawang utama yang lain.

Faktor utama yang mendorong pasaran kembali berisiko adalah kebimbangan terhadap gelombang kedua Covid-19 yang kini telah menyerang semula Eropah. Bilangan kes harian di negara-negara berisiko sebelum ini kembali meningkat ke paras yang dicatatkan pada April dan Mei lalu.

Beberapa sekatan tempatan mula diumumkan di beberapa negara berlainan.

Sementara itu, matawang Euro didagangkan merosot berikutan kebimbangan serangan gelombang terbaru virus. Menteri Kewangan Jerman telah memberi amaran bahawa kadar hutang Jerman bakal mencecah paras 80% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Presiden ECB, Christine Lagarde juga merujuk berkenaan pemulihan ekonomi masih dilihat tidak menentu dan belum sempurna.

Justeru, pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD bakal melanjutkan penurunan lebih rendah selepas menjunam semalam.

Pada sesi Asia semalam, harga mula membuat penurunan dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat perubahan trend bearish lebih awal.

Penurunan harian mencecah 140 pips dengan paras terendah menyentuh 1.17300 pada dagangan yang bersambung di sesi Eropah sebelum menutup dagangan sedikit tinggi sekitar 1.17600.

Penurunan yang bakal diteruskan akan cuba menembusi zon support pada 1.17200 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 9 minggu.

Sebaliknya jika sentimen pasaran kembali berubah dan harga mula membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) pada 1.18000-1.17800 berkemungkinan akan diuji dahulu sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi atau turun lebih rendah.

Kenaikan yang diteruskan bakal menuju semula ke zon resistance harga sebelum ini pada paras 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat