EUR/USD Terpacak Lagi Selepas ECB Dilapor Bakal Naikkan Kadar Faedah 50 Mata Asas

247

US dolar meneruskan pergerakan suram memasuki hari ketiga untuk dagangan minggu ini, mengekalkan corak penurunan tersebut sejak penghujung minggu lalu lagi.

Situasi tersebut dilihat terus membuka ruang untuk kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran untuk mengukuh, walaupun sentimen pasaran dinilai masih berisiko.

Mata wang Euro ketara paparkan lonjakan nilai pada sesi Eropah semalam susulan laporan bahawa European Central Bank (ECB) bakal menaikkan kadar faedah kepada 50 mata asas, lebih tinggi berbanding jangkaan 25 mata asas sebelum ini.

Justeru, Euro telah mencatatkan kenaikan harian terbesar semalam untuk tempoh dagangan 2 bulan sementara pelabur kini menantikan keputusan mesyuarat polisi ECB pada esok hari (Khamis).

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 150 pips untuk meneruskan corak kenaikan harga.

Harga yang telah mencecah ke paras terendah terbaru 20 tahun pada minggu lalu pada 0.99530 dilihat telah berjaya pamerkan kenaikan semula sehingga 300 pips setakat semalam, selepas berjaya melonjak semula dari zon 1.0000.

Pergerakan harga yang kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk isyarat pergerakan bullish mencetus jangkaan untuk harga meneruskan lagi kenaikan lebih tinggi hari ini.

Untuk jangkaan kenaikan, mengatasi paras ketinggian dicapai semalam seterusnya akan menguji pula paras 1.03000 sebelum harga yang kekal melonjak akan mensasarkan pula ke zon tumpuan 1.04000.

Sebaliknya jika berlaku penurunan harga semula, paras sokongan harga dilihat berada di paras sekitar 1.01600 sebelum harga yang susut lebih rendah bakal menguji zon 1.01000.

Penurunan lanjut harga selepas isyarat perubahan trend bearish akan mendorong harga menuju semula ke zon support 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat