EUR/USD Teruskan Kenaikan Selepas Fed Umum Pemotongan Kadar Faedah

393

Menggemparkan pasaran pada sesi New York semalam selepas Federal Reserve mengumumkan pemotongan kecemasan bagi kadar faedah sehingga 50 mata asas kepada 1.25% di luar jadual mesyuarat dasar monetari.

Ini telah meningkatkan kebimbangan dalam pasaran serta memberi kesan penyusutan terhadap matawang US dolar.

Ekonomi Amerika Syarikat kini berdepan ancaman penularan wabak COVID-19 yang lebih serius selepas Jabatan Kesihatan Washington telah melaporkan kes jangkitan meningkat kepada 27 kes dan dilaporkan angka korban telah meningkat kepada 9 kematian.

Jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga mula menunjukkan tanda-tanda awal penurunan apabila harga turun sehingga ke paras sekitar 1.11000.

Namun, pengumuman mengejutkan oleh Fed telah mendorong kejatuhan nilai matawang US dolar memperlihatkan harga kembali pantul membuat kenaikan semula sehingga mencecah paras ketinggian pada 1.12100.

Namun begitu, pengukuhan harga pada carta EUR/USD agak terhad berikutan kenaikan bagi matawang dolar Euro terbatas selepas bank pusat Eropah juga turut mempertimbangkan pelonggaran dasar lebih lanjut akibat penularan wabak Coronavirus COVID-19.

US dolar dijangka akan terus diniagakan lemah menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada penghujung minggu.

Pergerakan harga pada sesi Asia pagi ini perlahan dengan harga yang memulakan dagangan sekitar 1.11800 menunjukkan penurunan pada kadar yang perlahan menuju paras sokongan Moving Average 50 (MA50).

Dengan sentimen ekonomi Amerika Syarikat yang terus terkesan oleh COVID-19, harga dilihat akan terus membuat kenaikan ke paras lebih tinggi mengatasi lonjakan harga semalam.

Kenaikan harga akan menguji paras resistance yang diuji pada Disember 2019 sekitar 1.12400 dan berkemungkinan mampu meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Namun jika berlaku penurunan semula, paras 1.11000 akan menjadi paras support harga sebelum harga memberi isyarat penurunan ke paras lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat