EUR/USD Teruskan Penurunan Ke Paras Terendah 5 Tahun

429

US dolar dilihat masih mengekalkan pengukuhannya sehingga dagangan Khamis semalam sementara pelabur kekal optimis menjangkakan kenaikan kadar faedah agresif oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Namun momentum pengukuhan US dolar sedikit direncatkan oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) semalam dengan bacaan yang lebih rendah berbanding jangkaan.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan penurunan harga yang diteruskan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam sedikit kehilangan momentum.

Namun, harga masih berjaya mencatatkan paras terendah terbaru mencecah sekitar 1.04710 sebelum harga mendatar sehingga ke penghujung sesi New York bersambug di awal sesi Asia pagi ini (Jumaat) sekitar 1.05000.

Penurunan berterusan akan terus mencatatkan paras terendah terbaru 5 tahun pada carta EUR/USD.

Harga kekal memaparkan isyarat untuk pergerakan trend bearsih di mana harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sepanjang minggu.

Penurunan lebih rendah jika dilanjutkan pada penutupan dagangan minggu ini dijangkakan untuk menuju ke zon tumpuan pada 1.04000.

Zon tersebut merupakan zon support harga yang dicecah pada dagangan Disember 2016 lalu di mana pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Namun waspada untuk sebarang kemungkinan pada dagangan penghujung minggu yang boleh membuatkan harga kembali meningkat semula.

Sekiranya melepasi halangan MA50, pelabur tidak menolak sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Paras sasaran untuk kenaikan yang dilihat bakal diuji adalah pada 1.06000 sebelum menuju ke paras 1.07000.

Kenaikan yang masih berjaya diteruskan akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.08000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat