EURUSD Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2016

25

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.0875 ke serendah $1.0820, sebelum menutup sekitar paras $1.0870; setelah para pelabur bersedia menjelang mesyuarat FOMC Federal Reserve AS. Dalam pada itu, sektor pembuatan Jerman dilihat semakin berisiko, terkesan daripada kelembapan dalam perdagangan global, dengan pertumbuhan yang paling lemah dalam ekonomi China, sejak lebih dua dekad dan membawa pasaran ke dalam kegawatan, serta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) merendahkan unjuran untuk tahun 2016.

Walaupun begitu, Bundesbank tetap yakin bahawa eksport akan meningkat dan meramalkan bahawa kadar yang rendah dan pengangguran yang menurun akan terus menyokong permintaan dalam negeri. “Risiko ekonomi antarabangsa, terutamanya ketidaktentuan mengenai pasaran China, merosakkan jangkaan perniagaan, terutamanya dalam sektor pembuatan yang bergantung kepada eksport,” menurut ahli ekonomi DZ Bank AG di Frankfurt, Michael Holstein.

[adrotate group=”6″]

Secara khusus jangkaan telah merudum terkesan dari kegawatan pasaran baru-baru ini dan mungkin akan memperbaharui kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China, apabila indeks jangkaan jatuh kepada 102.4 mata pada bulan Januari, daripada 104.6 pada bulan Disember. Satu-satunya penurunan yang sedikit adalah komponen penilaian semasa, turun dari 112.8 mata kepada 112.5 mata, bagaimanapun menunjukkan bahawa momentum pertumbuhan masih positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat