EUR/USD Melonjak 40 Pips Menjelang Data Imbangan Perdagangan Jerman

68

Dolar lemah berbanding semua matawang lain dengan indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.22% kepada 93.34 pada jam 10.30 pagi.

Matawang Euro mengukuh berbanding matawang lain di sesi Asia hari Selasa menjelang laporan imbangan perdangangan dan data import dan eksport di Jerman jam 2 petang nanti.

Ahli ekonomi menjangkakan lebihan dagangan sebanyak €20.3B dengan eksport meningkat 1.0%. Antara faktor yang menyokong pandangan optimis terhadap imbangan perdagangan adalah laporan pengeluaran industri Jerman yang meningkat diluar jangkaan pada hari Isnin lalu.

Pasangan matawang EUR/USD naik 42 pip ke paras tertinggi 1.1782 hari ini. Kini EUR/USD bergerak di sekitar zon resistance dan didagangkan pada paras $1.1776. Manakala EUR/JPY pula naik 0.28% atau 37 pip kepada ¥132.65

Matawang Aussie juga mengukuh berbanding dolar dengan AUD/USD naik hampir 30 pip kepada paras 0.7781, disokong oleh bacaain indeks keyakinan perniagaan Bank Negara Australia (NAB) yang lebih tinggi daripada jangkaan. Indeks ini dibuat berdasarkan kajian 400 syarikat di Australia.

Ketua Ekonomi NAB, Alan Oster berkata, “Dengan pertumbuhan pasaran buruh dilihat semakin berkembang menjelang tahun 2018, keadaan ekonomi ketika ini lebih bersedia untuk menghadapi sebarang halangan. Jika hal ini dapat dibuktikan, RBA mungkin akan lebih bersedia untuk naikkan kadar faeda pada pertengahan tahun 2018”.

Pound juga menunjukkan hal yang sama dengan spekulasi May diturunkan daripada jawatan beliau semakin pudar selepas kajian ORB Telegraph UK menunjukkan sokongan majoriti daripada rakyat yang mahukan May untuk sekurang-kurangnya terus mengetuai proses rundingan Brexit sebelum melepaskan jawatan.

GBP/USD naik 19 pip kepada 1.3160

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat