Floki Inu (FLOKI) Bukan Sekadar ‘Meme’, Mahu Tubuhkan 3 Sekolah Di Negara-Negara Ini!

483

Pembangun Floki Inu (FLOKI) dikhabarkan mahu menubuhkan tiga buah sekolah di Nigeria, Guatemala, dan Laos.

Siapa sangka bermula sebagai aset meme, projek kripto ini mahu membantu perkembangan pendidikan di tiga tempat melalui penubuhan sekolah dengan kerjasama beberapa buah organisasi.

Pengumuman ini dimuatnaik di laman Twitter pada 20 Disember:

Dikhabarkan sekolah di Nigeria akan memiliki 6 bilik darjah dan dilengkapi dengan blok teknikal, makmal komputer, perpustakaan, dan pejabat pentadbiran.

Organisasi yang terlibat termasuklah sebuah NGO Majlis Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabitha Cumi Foundation.

Pertubuhan ini telah membantu memperkasakan lebih 10,000 wanita dan gadis melalui kerjasama dengan organisasi dan kerajaan seperti Kedutaan Jepun.

Dianggarkan kira-kira 3500 penduduk akan ditawarkan pendidikan melalui pembinaan sekolah di Nigeria.

Manakala sekolah di Guatemala memiliki 2 bilik darjah dan di Laos hanya 3 bilik darjah. Usaha ini akan direalisasikan dengan kerjasama Pencils of Promise, sebuah gerakan global yang telah membantu pembinaan lebih 580 sekolah.

Floki Inu juga sendiri telah melancarkan iklan pelaburan dalam FLOKI di seluruh Israel dan London untuk mewujudakan pendedahan dan keyakinan yang tinggi terhadap aset meme ini.

Ketika penulisan, FLOKI didagangkan pada $0.00012211, meningkat 0.17% dalam 24 jam. Aset ini masih perlukan lonjakan sehingga lebih 64% untuk tebus semula paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 4 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat