Fokus utama ekonomi diberikan kepada matawang utama selain daripada USD sejak akhir-akhir ini.

92

Sebanyak 90% trading adalah berdasarkan US Dollar. Banyak! Tetapi untuk sekarang, pergerakan di dalam forex lebih banyak dikaitkan dengan matawang lain pula. Antara matawang yang berpengaruh atau lemau pada minggu lepas:

Pound Sterling

Pada minggu lepas, Sterling  dibuka dengan harga $1.2850 tetapi pada jumaat lepas, telah menguat sehingga $1.35. Kerajaan UK dilihat berada dalam fasa stabil dan keputusan Bank of England untuk tidak terburu-buru menukar dasar kewangan juga membantu kestabilan buat masa ini. Walaubagaimanapun, pelabur masih lagi yakin akan berlakunya pelonggaran kewangan oleh Bank Of England dalam beberapa minggu lagi. Daripada segi analisa teknikal, harga $1.35 adalah harga yang signifikan kerana adanya neckline di situ dan mungkin akan berlakunya head and shoulder pattern yang boleh menyebabkan harga melonjak ke $1.4200.

Japanese Yen

Yen menurun dengan dramatik sejak beberapa hari ini. Kemerosotan 5.2% (sebelum kes Turki baru-baru ini) banyak didorong oleh kemunculan Abenomics 2.0 yang bakal berlaku dan akan disertakan dengan dasar kewangan dan fiskal terbaru. Untuk Abenomics, short pada Yen dan long pada saham Jepun. Kita boleh lihat pergerakannya pada kekuatan Yen di H1’16. Tetapi, jangkaan terhadap perangsang yang lebih baru dan agresif (wang helikopter) boleh menyebabkan sesetengah pelabur akan panik.

Perhatikan harga JPY106.70 – JPY106.85 kerana jika berlakunya breakout  di situ, maka akan bermulalah pemulihan JPY110 iaitu sebanyak 50% retracement bagi pergerakkan tahun ini. Walaubagaimanapun, sebelum mencapai harga tersebut, harga masih memerlukan masa untuk mengatasi JPY 107.70 – JPY 108.60. Disebabkan berlaku cubaan rampasan kuasa di Turki, US Dollar berlaku kejatuhan dari ~JJPY 105.50 ke ~JPY 104.50 tetapi dengan kegagalan rampasan tersebut, dijangkakan yang dollar akan kembali menguat.

New Zealand Dollar

Pada minggu lepas, New Zealand Dollar terletak di tangga kedua major currency terlemah selepas Yen. Penilaian Ekonomi yang tidak dijadualkan pada minggu depan oleh RBNZ dilihat sebagai membuka ruang untuk pemotongan interest rate seawal bulan depan.

Euro

Bagi Euro pula, dilihat berlakunya consolidation. Harga ditutup  minggu lepas kurang memberangsangkan dan menunjukkan ia terletak di area $1.10. Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada ECB pada 21 Julai. ECB dijangka tidak akan membuat kejutan kepada pasaran dengan memotong interest rate. Jika dan hanya jika ECB melakukan kejutan dengan memotong rate, pasaran mungkin akan membuat selling frenzy dan kalau tiada kejutan, pasaran akan lebih santai. Tunggu dan lihat.

Canadian Dollar

Canadian Dollar telah menguat sebanyak 0.5% dari US Dollar pada minggu lepas. Walaupun Bank of Canada telah mengawal ramalan perkembangan ekonomi, mereka masih lagi nampak agak optimistik yang aktiviti akan meningkat di H2. Canadian Dollar dilihat bertenaga tetapi agak lemau apabila mencapai harga tertinggi minggu lepas dan menurun kembali dan tutup dengan harga yang rendah.

Australian Dollar

Berita rampasan kuasa Turki telah memberi kesan kepada Australian Dollar. Harga yang turun ke $0.7575 menunjukkan ada potensi akan berlakunya penurunan sehingga $0.7475 – $0.7500. Tetapi, memandangkan cubaan rampasan kuasa Turki dapat dipatahkan, Aussie dilihat akan kuat kembali. Pergerakan di atas harga $0.7650 adalah penunjuk awal bahawa keadaan bearish tidak akan berlanjutan.

Light Sweet Oil Futures Contract

Sebaik sahaja harga mencecah atas sedikit daripada $52.70 pada awal Jun, harga minyak telah turun kembali. Bear cuba untuk menolak harga ke $45 beberapa kali tetapi bull masih dapat bertahan. Untuk kenaikan  semula, harga mungkin akan naik sekitar $48 yang juga berkait rapat dengan moving average 20 hari.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat