FOMC Punca BTC Kecundang, Harga Jatuh Ke $25,000!

291

“Apa benda yang Powell kata sehingga harga BTC jatuh macam tu?’

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menjunam drastik di bawah $24,900 walaupun mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengumumkan untuk menghentikan sementara kenaikan kadar faedah sama seperti yang dijangka dalam pasaran kewangan.

Hal ini kerana, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi isyarat bahawa mereka mungkin akan menaikkan kadar faedah pada tahun 2023 tetapi bukanlah dalam masa terdekat ini.

Oleh demikian, para pelabur bimbang harga BTC bakal mengalami situasi pump-and-dump jika Fed bertindak sebegitu, bagaimanapun mereka tetap akan meneliti mesej Fed mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah semasa mesyuarat FOMC seterusnya.

Memang tidak dinafikan pasaran kripto mampu memberi reaksi positif mahupun negatif melalui keputusan diputuskan oleh bank pusat AS dalam menentukan sama ada kadar faedah perlu dinaikkan atau tidak.

Menurut Powell semasa mesyuarat FOMC tadi, Fed yang berhasrat untuk menurunkan kadar inflasi pada sasarannya 2% mendedahkan bahawa majoriti penggubal dasar rancang menaikkan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Namun selain menjelaskan bank pusat AS tidak akan menaikkan kadar faedah pada Julai 2023, Powell yang turut berkata majoriti pegawai Fed yang meramalkan kadar faedah dipotong pada tahun 2024 membawa makna pelabur mungkin lebih berminat dengan aset berisiko seperti BTC.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC terjun sebanyak 3.00% pada paras $25,185 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $488 bilion manakala Ethereum (ETH) pula tergelincir 5.07% pada $1,653 dan Ripple (XRP) turun 6.47% pada $0.48.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat