Ini Jadi Pada Pasaran Mata Wang Lepas Keputusan Fed!

427

Seperti dijangkakan secara meluas, Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi Jun.

Namun, pada masa yang sama ia turut memberi isyarat yang lebih hawkish untuk penetapan dasar akan datang sekali gus mengehadkan penyusutan US dolar berbanding mata wang utama.

Mata wang gergasi itu pada mulanya susut ke paras terendah empat minggu, ditekan oleh data inflasi pengeluar (PPI) Amerika Syarikat yang turut mereda pada bulan Mei.

Bagaimanapun, US dolar bangkit semula dari paras terlemahnya selepas keputusan mesyuarat Fed, dengan sedikit meningkat pada sesi Asia hari ini.

Berbanding mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan menokok pada 103.22.

Walaupun mengekalkan kadar faedah tidak berubah, tetapi ia tidak bermakna pengetatan akan berakhir dan Fed menjangkakan dua lagi kenaikan kadar mungkin dilaksanakan pada tahun ini.

Pelabur kini melihat kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada Julai, dan satu lagi sebelum akhir tahun ini.

Beralih kepada mata wang utama lain, euro sedikit susut pada sesi Asia selepas melonjak ke paras ketinggian baharu empat minggu berbanding greenback.

Tumpuan pelabur kini beralih pula kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah pada malam ini yang dijangka akan menaikkan kadar 25 mata asas.

Sementara itu, mata wang pound juga sedikit berundur selepas mencapai paras tertinggi baharu satu tahun susulan pertumbuhan di UK yang dicatatkan pada bulan April.

Selain itu, dolar Aussie stabil di paras terkuat empat bulan, manakala dolar kiwi susut jauh dari paras tertinggi tiga minggu susulan data yang menunjukkan New Zealand jatuh ke dalam kemelesetan selepas dua suku berturut-turut menguncup.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat