Fulamak! Banyak Betul Ukraine Terima Derma Kripto Sejak Perang, Ini Angkanya!

289

“Baguslah komuniti kripto ni, pantas je hulurkan bantuan.”

Sejak permulaan konflik dengan Rusia, Ukraine dilaporkan menerima bantuan lebih $70 juta dalam bentuk mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) untuk membeli peralatan ketenteraan termasuk bantuan kemanusiaan.

Sebagai rekod, penderma ETH telah memberi bantuan sebanyak $28.9 juta manakala penderma BTC dan Tether (USDT) masing-masing menghasilkan $22.8 juta dan $11.6 juta.

Suka dimaklumkan juga pendermaan telah datang dalam bentuk non-fungible token (NFT), seperti UkraineDAO yang melelong Ukraine NFT pada harga $6.1 juta.

Menurut Alex Bornyakov, Timbalan Menteri Digital Ukraine menyatakan bahawa pada bulan pertama perang, negara tersebut telah menerima 80% daripada jumlah $70 juta dan mereka berupaya bertindak balas terhadap pencerobohan Rusia secara pantas.

Tambahnya lagi, beliau sungguh terkejut dengan jumlah dana yang diperoleh negaranya susulan ia memudahkan kementerian digital mengakses dana tersebut untuk mempertahankan Ukraine daripada ancaman Rusia.

Sementara co-founder Ukraine DAO bernama Alona Shevchenko menegaskan bahawa kripto berupaya menyediakan penyelesaian apabila sekatan dikenakan ke atas sistem perbankan pusat negara tersebut.

Dalam pada itu, Mykhailo Fedorov, Naib Perdana Menteri Ukraine dan Menteri Transformasi Digital juga berkata kebanyakan pembayaran kripto kepada kementerian digital telah digunakan untuk membiayai peralatan ketenteraan negara, pakaian perisai dan pelbagai kenderaan termasuk perubatan.

Pada hari ini, penggunaan kripto oleh Ukraine semakin meningkat apabila rakyatnya didapati menjadi pengguna ketiga tertinggi selepas Vietnam dan Filipina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat