GBP/JPY Pamer Penurunan Awal Selepas Data Inflasi UK Diterbitkan

173

Menjadi tumpuan pada pembukaan dagangan awal sesi Eropah hari ini adalah pada terbitan laporan data inflasi UK yang telah mempengaruhi pergerakan harga bagi mata wang Pound.

Inflasi UK untuk bacaan bulan April melonjak ke paras 9% mengatasi bacaan pada Mac lalu iaitu 7%, merekodkan kadar kenaikan harga tertinggi untuk tempoh 40 tahun!

Kenaikan sebenarnya sudah dijangkakan ekoran lonjakan pada kos tenaga pada bulan lalu susulan terkesan oleh konflik peperangan Rusia-Ukraine.

Situasi ini dilihat akan memberi kesan terhadap Pound yang dijangka akan mengukuh ekoran bank pusat bakal bertindak untuk meningkatkan lagi pengetatan polisi monetari untuk mengimbangi kadar inflasi yang memuncak.

Namun reaksi awal oleh mata wang Pound setelah data diterbitkan adalah negatif dengan memaparkan penyusutan nilai.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/JPY telah menyaksikan kenaikan pada Selasa semalam telah mencapai ke zon tumpuan 162.00 selepas laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan memberangsangkan dan menyokong lonjakan mata wang Pound.

Namun setelah mendatar di zon tersebut bersambung sehingga ke sesi Asia pagi ini (Rabu), harga telah membuat penurunan di awal sesi Eropah setelah reaksi terhadap data yang diterbitkan tersebut.

Adakah harga akan memberi isyarat untuk pergerakan bearish semula?

Pada awal minggu harga telah menunjukkan isyarat perubahan trend bullish pada carta GBP/JPY selepas bergerak di atas paras 157.00 dan juga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Sekiranya penurunan harga pada hari ini gagal melepasi bawah paras sokongan MA50, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikannya untuk isyarat menyambung trend bullish sebelum ini.

Kenaikan harga dijangka akan menembusi zon 162.00 sebelum menuju ke zon rintangan seterusnya yang berada pada sekitar 164.500.

Namun jika harga melanjutkan penurunan di bawah paras MA50 untuk petunjuk perubahan trend bearish, penurunan harga dilihat akan kembali ke zon tumpuan awal minggu sekitar 157.700.

Penurunan yang dilanjutkan bakal mencecah ke zon support harga minggu lalu pada 155.70 dan akan menguji zon penting tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat