GBP/USD Bakal Susut Lebih Rendah Jika Terus Gagal Lepasi Rintangan $1.3100

234

Dominasi US dolar menuju penghujung minggu dilihat akan terus memberi tekanan terhadap Pound pada pergerakan harga di carta pasangan GBP/USD.

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi memberi petunjuk bahawa Federal Reserve (Fed) agresif untuk bergerak dalam fasa pengetatan dasarnya.

Ditambah pula sentimen pasaran yang berisiko dengan ketegangan konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, akan mendorong tarikan terhadap US dolar sebagai safe-haven.

Justeru, Pound dilihat akan bergelut untuk mengekalkan prestasi baik berkemungkinan bersambung pada minggu berikutnya.

Selepas cubaan kenaikan harga untuk mencapai paras rintangan 1.31700 terbantut pada Selasa lalu, harga kembali susut dan mencecah paras terendah mingguan pada Rabu semalam menguji sekitar 1.30500.

Namun pada sesi Eropah dan New York semalam, harga dilihat membuat kenaikan tetapi tersekat pada paras 1.31000 yang kini menjadi rintangan buat harga di mana sebelum ini menjadi paras sokongan pada dagangan awal minggu.

Pelabur masih menerima isyarat untuk pergerakan trend bearish susulan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih menjadi penghalang untuk kenaikan harga.

Penurunan harga dijangka bersambung lagi pada hari ini untuk menuju ke zon support pada 1.30000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Sebaliknya jika pergerakan harga mula memberi isyarat untuk perubahan trend bullish dengan kenaikan di atas paras 1.31000 melepasi halangan MA50, harga bakal menuju semula ke zon rintangan pada 1.31700-1.3200.

Zon tersebut akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji selepas dagangan pada minggu lalu juga gagal untuk menembusinya.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dilihat akan menuju ke sasaran pada ketinggian zon rintangan 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat