GBP/USD Bakal Teruskan Penurunan, Pasaran Nantikan Data Pekerjaan UK

469

Sentimen pasaran pada pagi ini lebih tertumpu pada kemerosotan pasaran minyak mentah yang memberikan isyarat yang jelas kejatuhan ekonomi yang akan menjurus kesan negatif terhadap pasaran.

Matawang US dolar bakal meneruskan pengukuhan jika sentimen pasaran terus berisiko dengan permintaan yang meningkat terhadap aset-safe haven berikutan kebimbangan pelabur.

Berdasarkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama, US dolar mempamerkan pengukuhan pada sesi Asia dengan penurunan harga berbanding Aussie, Euro dan juga Pound.

Pound Sterling dilihat bergerak lemah pada awal dagangan minggu ini selepas pergerakan harga yang mendatar pada minggu lalu berikutan kesihatan Perdana Menteri UK Boris Johnson masih terjejas selepas dilaporkan positif jangkitan COVID-19.

Rundingan EU-UK juga direncatkan oleh krisis pandemik dengan rancangan pertemuan beberapa kali terpaksa ditangguhkan sebelum ini.

UK dilaporkan telah mencatatkan kenaikan kes kematian akibat virus sebanyak 449 dalam tempoh 24 jam, menguatkan lagi jangkaan bahawa negara tersebut akan berdepan situasi kemuncak penularan.

Jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah menampilkan corak penurunan harga walaupun pergerakan dilihat lebih mendatar pada penghujung minggu lalu.

Dagangan pada minggu ini melihatkan harga bergerak di bawah paras 1.2500 dan juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberikan isyarat kecenderungan untuk trend menurun.

Pada sesi Asia pagi ini, pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar telah menekan harga lebih rendah dan menguji paras support minggu lalu hampir di paras 1.2400 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support).

Penurunan yang diteruskan berkemungkinan menuju zon support harga yang lebih rendah di bawah paras 1.2270 sehingga ke 1.2200.

Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula, paras penting pada 1.2500 akan kembali diuji semula sebelum isyarat lebih jelas untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan harga seterusnya akan menuju ke zon resistance yang dicapai pada ketinggian minggu lalu sekitar paras 1.2640.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data pekerjaan UK yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah bermula dan bakal pengaruhi pergerakan bagi matawang Pound.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat